Bersukan merupakan antara aktiviti yang digemari manusia. Bersukan, suka bersuka, persaingan, latihan, menguatkan badan, menjaga kesihatan dan memperoleh fizikal yang kukuh dan sihat. Semua inilah yang dikejar oleh manusia tanpa mengetahui bahawa ia berkaitan dengan kehidupan Nabi SAW.
Nabi SAW mengajak dan menggalakkan umatnya dan baginda sendiri mementingkan amalan bersukan. Kita boleh katakan bahawa Nabi SAW merupakan antara atlet terbaik dalam cara baginda menjaga tubuh badannya.
Nabi SAW bersabda: "Mukmin yang lebih kuat lebih disayangi oleh Allah berbanding Mukmin yang lemah"
Namun kekuatan boleh mempengaruhi seseorang kerana ia membantunya untuk taat dan berkhidmat kepada Allah. Ia juga membantu manusia menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya tubuh kamu berhak ke atas kamu."
Para sahabat menggambarkan kepada kita tentang fizikal Nabi SAW. "Nabi SAW bertubuh kental, fizikal baginda mantap." "Perut baginda sekata dengan belakang badannya." Ia lambang kekentalan dan kekuatan Nabi SAW. Apabila Nabi SAW berjalan, ia kelihatan seolah-olah baginda menuruni cerun. Bagindan berjalan dengan penuh semangat seolah-olah dia mengangkat kakinya tinggi dari tanah.
Sesiapa yang berjalan berterusan begitu pasti akan berasa letih mengikut rentak jalan Rasulullah SAW yang laju. Walaupun kita sudah mencuba dengan sedaya upaya. Cara berjalan baginda nampak biasa sahaja, namun para sahabat yang mengikuti baginda berasa letih kerana mengikut dari belakang. Itulah lambang kekuatan baginda SAW.
Rasulullah SAW bersabda: "Ajarilah anak-anakmu berenang dan memanah."
Nabi SAW mengamalkan aktiviti sukan yang wujud di zamannya seperti memanah. Baginda juga seorang penunggang kuda. Nabi SAW bersaing. Baginda juga bertarung dengan Rukanah dan mereka yang lain. Ini bermaksud baginda SAW amalkan semua jenis sukan yang terkenal pada zamannya.
Perkara penting yang boleh dipelajari daripada sunnah ini adalah:
1. Manusia perlu tahu ia (bersukan/beriadah) adalah sunnah. Jika kita tahu bersukan itu sunnah, dan jika seseorang keluar dari rumah maka berniatlah untuk mengamalkan sunnah ini. Jika dia pergi bermain bola, menyertai gimnastik atau apa pun jenis sukan yang wujud sekarang, berniatlah bahawa ia adalah untuk mengikuti sunnah Nabi SAW.
2. Dan bersukanlah demi menguatkan badan untuk lebih taat kepada Allah SWT. Menguatkan badan demi berkhidmat untuk keluarga, negara dan diri sendiri.
3. Ini akan membuatkan bersukan menyihatkan diri dalam dua (2) aspek iaitu: menyihatkan hati dan badan.
Rasulullah SAW bersabda: "Berseronoklah dan amalkanlah bersukan. Aku tidak suka orang yang melihat keterbatasan dalam agamamu."
Nabi SAW mengatakan bahawa jika kita mengamalkan aktiviti bersukan bersama keluarga yang ada niat, tujuan dan berfaedah, ia bukanlah sesuatu yang dilarang bahkan ia akan mendekatkan seseorang kepada Allah. Ia menguatkan tubuh badan untuk berkhidmat demi agamanya apabila diperlukan.
Nabi SAW berusaha dalam menggalakkan aktiviti bersukan. Baginda menggalakkan para sahabat hinggakan isteri-isterinya yang kebiasaannya menunggang haiwan tunggangang untuk berjalan kaki. Baginda pernah berlumba dengan Aisyah. Ia demi menggalakkan beliau untuk bersukan, menguatkan badan demi menanggung pelbagai tanggungjawab. Ia juga menambah kecantikan dan penampilan beliau.
Rasulullah SAW bersabda: "Kebaikan terpahat di dahi kuda sehingga hari kiamat."
Antara aktiviti yang sering baginda amalkan adalah menganjurkan perlumbaan. Baginda SAW menganjurkan perlumbaan kuda. Baginda SAW akan menghadiahkan sesuatu kepada kuda-kuda tersebut dan menyifatkannya dengan sifat-sifat yang baik.
Nabi SAW pernah mempunyai seekor unta bernama Al-'Adba'. Ia seekor unta yang kuat dan tidak pernah dikalahkan dalam mana-mana perlumbaan. Suatu hari ketika Nabi SAW berlumba, seorang badawi datang bersama untannya yang muda lalu mengalahkan unta baginda. Para sahabat bersedih kerana mereka sangat menyokong unta Nabi SAW. Nabi SAW memerhatikan mereka dan baginda bersabda: "Allah yang berhak menaikkan dan menurunkan sesuatu."
Begitulah keadaan sekarang. Apabila sesetengah orang bersedih kerana kalah, dia akan tertekan. Namun Nabi SAW berkata bahawa tidak mengapa jika kalah kerana ia adalah adat permainan yang harus diterima semua pihak.
Baginda SAW berada sangat dekat dengan kita. Jika kita fikirkan, dari bangun tidur hingga tidur semula, Rasulullah SAW ada bersama kita. Inilah nilai sebenar mencontohi sunnah Nabi SAW. Baginda mengubah rutin harian kita daripada kosong tanpa nilai kepada sesuatu yang sangat berharga.
Manusia akan terus membangun. Syukur kepada Allah kerana Nabi Muhammad SAW merupakan nabi yang sempurna yang membawa kita kepada kebaikan. Baginda SAW telah membukakan untuk kita pintu segala kebaikan.
Allah berfirman: Katakanlah: "Jika kamu benar-benar cintai Allah, ikutilah aku. Nescaya Allah akan mengasihimu" (Al-Imran:31)
Sumber: Fattabiouni Malaysia - Bersukan Mengikut Sunnah