Doa Abu Darda' R.A. Untuk Menyelamatkan Diri Dan Harta Dari Malapetaka

Talha r.a. meriwayatkan, "Seorang telah datang kepada Abu Darda' r.a. dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar." Kemudian datang seornag lagi orang lain dan memberitahu bahawa rumah Abu Darda' terbakar. Sejurus selepas itu datang lagi orang lain dan memberitahu hal yang sama , malah jawapan Abu Darda' sama seperti sebelum ini.

Kali keempat datang seorang yang lain: "Wahai Abu Darda', api telah naik tinggi tetapi apabila samapai ke rumah kamu, ia telah padam."

Abu Darda' menjawab: "Saya yakin bahawa Allah SWT tidak membakar rumah saya kerana Rasulullah SAW telah mengajar saya satu doa yang kalau dibaca selepas Subuh, si pembaca akan terselamat dari semua bala sehingga waktu petang. Maka saya yakin rumah saya tidak akan terbakar."

Doa ini juga baik ketika keluar rumah.


"Ya Allah, engkau ialah Tuhanku yang tiada Tuhan selain Engkau. KepadaMulah aku berserah dan Engkau ialah Tuhan Arasy yang maha Mulia. Segala yang Allah kehendaki pasti ada dan yang tidak Dia kehendaki tidak akan wujud. Tiada daya dan sebarang kekuatan melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mengetahui sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu dan Allah mengetahui segala sesuatu (secermat-cermatnya). Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari segala kejahatan nafsuku dan dari kejahatan semua binatang melata. Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya (menguasai sepenuhnya) , sesungguhnya Tuhanku sentiasa di atas jalan yang lurus."

Sumber: Manzil Resam Uthmani oleh Sheikhul Hadith Maulana dan Muhammad Zakaria
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...